Wednesday, 27 February 2013

~TUHAN Dengarlah Keluhanku~


ASSALAMUALAIKUM



Ingin ku lepas keluhku
Pada-Mu Tuhan penyayangku
Ku akui semua dosaku
Meski tersipu tertunduk malu
Jiwa dan hati tertutup debu
Akan ku terkurung nafsu
Ketaatanku tertimbun penuh dosaku
Tuhan tutupi aibku
Tuhan jangan biarkan diriku
Semakin jauh tertipu nafsu
Hanya pada-Mu ku mohon ampun dari semua dosa
Jari lemahku mengetuk pintu maaf-Mu
Agar kau hapus salahku
Hanya pada-Mu ku mohon ampun dari semua dosa
Jari lemahku mengetuk pintu maaf-Mu
Agar kau hapus salahku
Tuhan dengarlah keluhku
nota kecil : Aku tersesat dalam kelalain,sedangkan kematian menuju kearahku kian lama kian dekat.

~Rebut Hidayah ALLAH~


Assalamualaikum…

Telah lama cinta tersasar…
Dari cinta yang suci…
Andai hari ini bicara saya lebih kepada perasaan cinta, yang lahir dari hati tanpa diduga. Usah pelik mengapa muslimat hiraki seperti saya masih lagi berbicara tentang cinta. Sekadar mahu berkongsi pengalaman-pengalaman yang dikutip sepanjang berada di dalam jalan tarbiyyah ini..



Usai membedah sedikit coretan pemilik Langit Ilahi di dalam naskhah yang santai dan mudah difahami. “BATU-BATA KEHIDUPAN”. Menginsafkan diri yang sememangnya sedang terleka dengan tipu daya syaitan yang datang tanpa disedari. Berbicara mengenai definisi mudah tentang cinta. Cinta itu adalah mahu orang yang dicinta bersama-sama ke syurga. Hakikatnya manusia lupa tentang apa yang akan berlaku di akhirat kelak. Suami mencintai isteri kerana apa? Ibu  mencintai anak juga kerana apa? Yang didedahkan dengan kata-kata cinta islamik, mungkin akan berkata kami bercinta kerana Allah. Namun tidak dibumikan cinta kerana Allah, tidak direalitikan dengan perbuatan. Hanya sekadar berkata-kata bagi menghalalkan cinta yang dikatakan ISLAMIK itu, hanya ayat bagi penyedap diri sendiri bagi yang mengetahui hakikatnya perkara itu salah
Cinta yang hadir pada mulanya merubah hidup seorang insan itu semakin hangat bercinta dengan Allah, semakin takutnya dia dengan azab Allah andai cinta yang hadir itu tidak dijaga rapi dari fitnah dan nafsu serakah. Saban malam, Allah menjadi tempatnya mengadu, dan rasa cintanya semakin membara dengan iman dan taqwa. Semakin diuji dengan godaan manisnya cinta sesame insan, semakin diikat kuat pergantungan dengan Allah. Semakin dilambung ombak ganas godaan syaitan, semakin rapi dikemudi bahtera kehidupan .  Subhanallah.. Tangisan itu berselang seli dengan zikir kepada Allah kerana bimbang terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan.

Tetapi syaitan itu tidak akan pernah putus asa. Dihantar pula si iblis yang lebih berpengalaman. Dibolak-balikkan hati dengan segala pujukan. Dan Allah swt hantar lagi ujian bagi menguji hati hambaNya. Saat itu adakalanya pegangan kepada tali Allah kadang-kadang terlepas, kadang-kadang dipegang erat kembali. Segalanya semakin payah dan semakin kuat pula ombak yang mendatang. Sampai satu ketika insan ini terlepas dari pegangan tali itu. Syaitan mula tersenyum lebar. Selebarnya hingga menampakkan taring yang hodoh. Mahu sahaja mereka bergembira dengan detik-detik kemusnahan dua orang anak Adam. Hilang sudah kehangatan cinta kepada Allah kerana sudah berganti dengan hangatnya cinta dua insan. Hilang sudah kata zikir di bibir kerana sudah diganti dengan kata manis bicara cinta dua manusia. Segalanya dikongsi, ditangisi bersama. Semua orang di dunia ini tidak mengerti perasaan mereka berdua. Semua orang tidak memahami kesengsaraan mereka berdua. Dan lama-kelamaan hubungan itu berkocak kerana kejemuan melanda. Itulah bahana cinta yang dirujuk dengan syaitan. Itulah kesan cinta tanpa kecintaan kepada Tuhan. Lagi siksa, lagi memeritkan. Kerana apa? Manusia itu banyak kelemahan. Menangislah mereka di saat hati sudah tidak keruan. Baru waktu itu mencari Tuhan.



Allah masih memberikan sekelumit peluang dengan hidayah tanpa disangka-sangka. Yang memutuskan tali ikatan antara manusia dengan syaitan. Namun perlu bermujahadah untuk kembali ke pangkal jalan. Rebut kembali hidayah cinta Allah. Bumikan kembali cinta nan mekar kerana inginkan Keredhaan Allah. Jernihkan kembali cinta yang kian kotor dek nafsu syaitan. Kobarkan kembali cinta itu dengan satu lafaz yakni : Let’s getting love till jannah insyaAllah… ( BUMIKAN KATA-KATA INI!!)


mode: sy masih ajar mengajar diri tentang semua ini..ya Allah tarbiyah hati2 ni..Ya Allah, jika benar aku telah jauh tersasar dari landasan hidupku, Kau kembalikanlah aku ke jalan yang Engkau redhai.T_T

~DAN MUNGKIN...~




“Dan mungkin....
Mungkin sahaja,
Hatinya yang berubah itu ,
Bukan kehendaknya,
Bukan kemahuannya.
Mungkin,
Hatinya yang berubah itu,
Adalah jawapan bagi pertanyaannya pada Ilahi.
Petunjuk bagi istikarahnya pada malam hari.
Dan DIA lah yang memalingkan hati.
Memudarkan rasa.
Mencipta jarak dan kekok.
Kerana kita memang mahu yang terbaik menurut pengetahuan-NYA,
Bukan yang terbaik menurut kemahuan kita.
Maka Allah sedang memberi tanda…”


nota kecil : Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.

Tuesday, 26 February 2013

~Menjadi AKU~


ASSALAMUALAIKUM WBT


At some point ill realize that ive done to much for someone. that the only possible step to do is to STOP!.. leave ' him' alone..walk away..what is truly would eventually be mine..what is not..no matter hard ill try...will never be...thank you friend for those encouraging word..you never fail to put my mind at ease..i always wonder how you can be so strong yet so calm. i know it that because you always put everything to Allah for He is the best planner..i know things might be not as same as before..but i put my effort on the new thing..replace the bad things ive done before...i will always remind this...^_^ no more tears..

nota kecil : heavy rain shower remind me of challenger in my life.never ask for lighter rain..instead pray for a better umbrella..

~KHAIRUNNISA KAMARUDDIN~


Saya rindukan SAHABAT saya :'(


khas untuk mu:- Khairunnisa Kamaruddin


Sahabat
Sungguh aku tidak bermaksud begitu
Tidak pula mahu menguji
Bukan bermaksud melarikan diri
Atau mahu menambah susah dihati
Aku cuma Insan biasa seperti kamu
Yang punya perasaan tidak tertahan
Yang punya kerisauan pada masa depan
Yang punya airmata tanda duka
Yang punya senyum tanda suka
Yang punya beban menghempap jiwa

Maaf atas khilafku sahabat
Andai membuat engkau merasa
Tidak enak dan tidak suka
Tidak pernah terniat dihati
Untuk biarkan ia terjadi
Mungkin ini kelemahanku
Maafkan aku...maafkan aku

Mari kita sama-sama memohon
Diberi kekuatan dari tuhan
Dengan ikhlas dan pengharapan
Agar ranjau perjuangan ini
Akan dipermudah tuhan
Dan aku akan sentiasa berdoa
Agar dapat terus berada disisimu
Meminjamkan bahu dan pancaindera
Moga perjuangan kita tidak kalah
Jiwa kita tetap gagah
Dan iman kita semakin bertambah

nota kecil:- khas untuk sahabt ku Khairunnisa..moga jalinan ukhwah kita berpanjangan sampai ke syurga... Amin Ya Rabb Alamin ..

~KEMBALI~



Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

~MARI BERDOA~



Ya Allah, Tuhan yang mengetahui segala sesuatu, yang memiliki segala ilmu di langit dan di bumi...

Jadikanlah aku seorang  yang berkhidmat untuk ke arah yang benar dalam Islam,

Yang melakukan setiap perkara keilmuan untuk mengharumkan Islam sebagai agama yang paling unggul....

Yang sentiasa di bawah lindungan redha dan rahmat Allah dan di jalan yang lurus...

Ya allah, matikanlah aku sebagai seorang yang banyak berjasa untuk agamaMu!

Monday, 25 February 2013

~Yang Namanya Aku~


Assalamualaikum wbt


kalam ini aku mulakan dengan bait indah dari Dia pencipta hati
..pencipta jiwa yng nama nya aku..
Bismillahirrahmannirrahim...
sudah cukup kehidupan aku dengan kegembiraan..tiba waktunya pula kesepian hadir..membungkam jiwa menyapa setiap dinding relung hati jiwa seorang aku..aku hanya harapkan sepi ini adalah sementara..sementara..terkadang sepi ini hadir penuh dengan keindahan..terkadang sepi ini hadir pula penuh dengan kepahitan..terus membawa aku kepersada kerinduan ini..kerinduan yang sekian lamanya tersimpan di tempatnya..tanpa ada siapa2 yang mengusik malah tidak di sentuh..saat ini aku merasakan kelembutan belai kasihNya bersama sekalung hidayah..tetapi hati aku mash saja hati yang dulu..seolah2 kotor..berdebu..di palit sejuta dosa..ya Allah ampuni aku..ianya hadir menyentuh sanubari tabir seorg aku..tapi terkadang aku merasakan bahang nya kemurkaanMu..seiring patahnya sayap mujahadah aku..
aku kejar dan terus mengejar 'sesuatu' itu..hingga aku merasa kn merananya hati seorang aku..aku rangkul kemas setiap saat yang ada..aku pegang erat dan aku cuba halangi waktu ...tak udung juga aku melihatnya pergi...pergi tnpa memikirkan perasaan dan rintihan insan yg namanya aku...aku tertunduk..tertunduk terduduk di atas sejadah usang itu...memeluk hati..yang di tusuk sang takdir...kejam kah ia...=(
aku terus saja menyimbah air mata dalam mendambakan kasihNya...
ya Allah...langkah aku kini bagaikan mati..aku berusaha mendaki kasihMu nan sayup tinggi..cinta aku bukan lah cinta yang palsu..biar langkah longlai ini sering saja tergangu untuk kesana..aku cuba membujuk jiwa..dari terus merintih ..meratap..dari terus menolak masa menolak takdir..aku seolah2 gagal..begitu mudah jiwa ini mengungkap kan kata derita..malunya aku dengan kelemahan diri..setiap apa yang berlaku ini..membuatkn aku sering terfkir...fikiran aku ligat memutarkan katanya...kesepian ini amat perlu untuk aku bertanya sendiri pada hati..bisikan nurani itu akan jelas kelihatan bisikan nya...ketika segalanya menyatu..meleraikan...
ya Allah...saat ini terlerai sudah ribuan taubat dari tabir seorang yang namanya aku..terungkai janji Mu yang dahulu..aku yang sering saja memungkir kata..walaupun telah aku tahu cintaMu tidak pernah kan meminggir..
saat ini terjurai air mata..menangisi kealpaan..hati aku pula semakin terasa tertusuk panahan kata hati seorang aku..disini bukan tempatku lagi!
aku bercanda dengan jiwa aku sendri mahukan ketenangan..meratap menghiba mahukan perhatian diri sendri..
walau apapun aku tetap saja di sini..masih saja mengemis di dermaga janjiMu..yang pasti aku masih saja mendambakan kasih dr Mu..pencipta namanya aku...kerana aku yakin..cinta dan kasihMu tidak pernah sirna..buat seorang insan yang namanya aku...

nota kecil: tertusuknya jiwa tergamam nya perasaan..saat aku tidak lagi boleh menulis aku akan rindu kan sesuatu..yang bernama...'waktu'..MySpace

~Cerita Sebuah Jiwa~



syukur ke atas kurniaan ilahi..aku masih lagi mampu bertahan sehingga ke detik ini..terima kasih padaMu sang pencipta...pencinta..memberi aku sedikit ruang waktu untuk melakarkan tinta pena aku di sini..entah kenapa aku ingin tulis begini...aku senang bile begini..aku tak tahu apa yang aku rasakn kini adalah apa..aku tetap dengan 'sesuatu' aku..aku sj yang faham sesuatu aku tu apa..aku bahagia begini..
mentari tidak pernah langsung memungkiri janjinya.setiap hari datang dan pergi..angin juga tidak pernah letih membawa bayunya..tapi aku...aku harus mengambil sedikit kekuatan angin untuk tidak letih dengan keadaan diri..
sang waktu terus-terus saja bergulir tanpa menuggu aku..dan membawa aku kesini.dan di saat ada rasa yang hadir mengetuk pintu hatiku..dan terus membukanya lalu melangkah masuk mencari tempat nya sendiri.
saat aku titipkan lakaran pena jiwa ku ini..aku sudah tidak merasakan 'sesuatu' itu..'sesuatu' yang merenggut jiwa aku..'sesuatu' yang pastinya aku tidak pernh cuba untuk merasai..tetapi ia hadir bagaikan sakti...
awan mendung memuntahkan isinya..setitik demi setitik mencurah jatuh membasahi bumi..
sehingga aku dapat melihat birunya langit..awan gemawan yang berarak pergi seakan mematahkan sayap2 keresahan aku..aku disini hanya mampu tersenyum..tersenyum melihat kelibat awan yang berlalu pergi..juga membawa dirinya..ke satu daerah yang tidak pasti...aku sendiri tidak pasti kemana..lalau bicaraku terluah melalui masa..cukup sudah aku merasakan kehilangan awan yang gelap itu..air hujan yang tumpah melata dipengebumian entah mengikut angin yang berhembus lembut kemana saja bersama reaksi alam.
terkadang esakku sendiri..meratap..menghiba..dan itu lah yang ada padaku..itu saja yang termampu oleh sang aku lakukan. itu yang terdaya untuk membuat untaian hubungan cinta antara aku dengan sang pencipta..
rajuk ku pada Allah..sendu ku pada Allah..manjaku pada Allah..aduku juga pada Allah...Dia lah tempat aku curahkan kasih sayang dan tautan cintaku..tempat aliran perasaan aku..kerana aku adalah aku..sang aku yang tidak punya pesona di tengah manusia..apatah lagi untuk menagih simpati untuk menumpang letakkan kash ini..
aku bukan malaikat punya jiwa halus dengan sebuah pengertian..keinginan pada sebuah cinta yang suci adalah kepastian..tapi aku tidak mampu walaupun kerinduan pada sepotong jiwa dimana pernah hadir dalam waktu hidup terakhirku..
bulan cahaya nya semakin redup..aku jadi letih dengan rasa ini..tertunduk pilu..sedang ia menghembat ragaku..ruang waktu ini berlalu pergi..aku tidak mampu bertahan dengan kudrat sang aku ini..pergi ruang waktu itu..membawa secebis harapan..membawa segenggam impian..bunyi sahrawi seakan mengepuk debu kering bagai membawa gemersik kehadiran sang Agung...pencipta sang aku..
aku jadi teringat pada kata2 ini..'jangan terbang terlalu tinggi kelak jatuh akan parah'.. akal aku ligat mencari pengertian dari kata2 nya..sungguh aku telah jatuh..parah yang aku rasakan mengetuk tangkai hati..dalam aku mencari erti kesempurnaan..berilah aku sedikit ruang masa untuk aku terus merasai erti sebuah kehidupan yang penuh dengan rona2 kesedihan..terus dimana lagi harus aku letakkan segala..dada yang berombak pilu..menahan sendu..sungguh aku tak tertahan lagi ingin meluahkn segalanya ..menitisnya ia seperti menitisnya embun muda dikala semua mahkluk Mu lena di buai mimpi2 indah..sedangkan aku..aku masih begini...melontarkan pandangan ke luar...menikmati keindahan alam sang pencipta..memuji namanya sang tempat aku mendamba kasih...sungguh aku pilu...
merenungi hari2 sepi..aku tetap akan melewati hari esok yang datang..aku akn cuba menghadapi hari esok aku..walaupun kepahitan sudah menjalar di segenap ruang sarafku..relung hati aku..ahhh..beri aku sedikit ruang itu..ruang waktu itu..
semua yang terluah sekadr satu luapan penuh rasa..daripada kecelaruan daya fikiran dan gerak aku sendiri..saat yang berlalu masih mampu aku jejak..dengan kesan memori silam..langkah2 yang aku tinggalkan..telah aku rasakan kesannya..sungguh aku merasakan kesannya..nafas yang dihela masih mampu membuktikan keberadaan aku..semua mash wujud..saat waktu itu pula hampir tiba..bersediakah aku..sekadar luahan rasa daripada hati yg sudh kehilangan tempatnya..

nota kecil: waktu ini aku habiskan dengan berdiam diri..diam aku yang hanya ditemani oleh titis air mata..embun merelakan dirinya menemani aku..dalam pengembaraan rasa jiwa aku ni..pandangan kudus ini aku layangkan pada wajah kekasih..yang telah mengajar aku tentang erti hidup dan cinta..berapa lama harus aku saksikan dan merasakan kepedihan yang telah menghakimi jiwa.hingga lamanya waktu berlalu tidak aku endahkan...aku tetap dengan 'sesuatu' aku..aku tetap bahgia dengan 'sesuatu' aku..

~CINTA DAN KASIH SEORANG SAHABAT~




Sahabat adalah seseorang dimana orang itu dapat mengerti kita dan juga dapat merasakan apa yang kita rasakan baik dalam kegembiraan ataupun dalam kesedihan. 

Sahabat adalah bukan orang yang berada disisi kita ketika kita dalam kebahagiaan saja, melainkan dia berada di sisi kita, di hati kita untuk selamanya (forever in friendship). 

Sahabat adalah orang yang akan menangis di kala merasakan kesedihan kita dan dia akan tertawa di kala melihat kita bahagia. 

Persahabatan akan utuh pada hakekatnya apabila dilandasi dengan rasa kepercayaan, saling jujur dan saling keterbukaan. 

Persahabatan bisa membuat kita bahagia, bisa mengerti apa yang kita rasakan, bisa memahami kita dan bisa menghibur kita dikala kita sedih oleh masalah-masalah dan dikala kita senang oleh kebahagiaan yang tidak ternilai. 

Dalam persahabatan, kita harus saling mempercayai, saling menghargai, saling menghormati, dan saling membantu karena kunci persahabatan adalah kejujuran, keterbukaan, dan saling mengerti. 

Tanpa persahabatan hidup kita akan terasa gunda gulana dan resah gelisah, hidup hanya seorang diri. 

Sedangkan, cinta sahabat adalah rasa sayang yang diberikan kepada sahabatnya dengan banyak cara seperti nasihat, pujian, sanjungan, dan masih banyak yang lainnya yang bisa membuat hati kita selalu senang. 

Kasih sayang seorang sahabat adalah buah dari cinta seorang sahabat yang mendapatkan imbalan, keheningan hati dan pikiran. 


Khoirul ashaabi man yadulluka alal khoiri 

“sebaik-baik teman itu adalah yang menunjukkan kita pada kebaikan”

~Surat untuk IBU~


Kerutan di wajahnya, melambangkan kegigihan
Untuk mengarungi hidup bersama keluarganya
Dan aku mengerti akan…..
Desahan logat lengan tangannya yang menjadi saksi
Tak terhitung apa yang telah kau lakukan demiku
Kau menangis saat ku terluka dalam sembilu
Kau memanjat doa saat ku lelap dalam tidurku
Duhai bunda yang indah irama santunnya
Ijinkan ku basuh kakimu yang terpecah itu
Agar aku bisa merasakan betapa hebatnya
Pengorbananmu untukku….
Doaku untukmu adalah penjuru doa dalam hidupku
Rasa terima kasihku padamu adalah jalan lurusku untuk berbakti padamu
Dan setiap air mata yang terjatuh untukku
Adalah denyut nadiku yang selalu berdetak untuk menjagamu
Terima kasih bundaku yang ayu
Kau bagaikan sinar yang sempurna
Kau bagai lilin yang terpancar rata
Kau bagai ajimat yang tersemat di dada
Kelak, kehidupanku di dunia dan di alam sana
Menjadi abadi dan harum, seharum tubuhmu
Yang penuh pahala dan bunga….

~Berpuisi dalam Hujan~

Assalamualaikum wbt




Resah bertandang..
Sukma terusik imagin berkias
Meminta diri memadam kehampaan
Terkesima tidak sempat melambai
Tanpa senandung lagu
Tanpa sedu sendu
Dia pergu jua..jauh…semakin laju langkahnya
Pasti…rindu dendam terhanyut
Dalam kebanjiran putus asa dalam kesia-siaan
Badai dan angin memesankan nostalgia
Tersindir elusan sesekali
Hujan…
Bagai cetusan ironi
Mengguris yang terkoyak
Bukan Cuma hati..malah alur fikir
Yang menjerit hanya batin..
Tetapi mulut terkunci
Yang terlimpah danau sabar
Menuju empangan kerinduan bererti
Tulang temulang bergetar.
Mata asyik-asyik melihat langit
Terhidu waktu tertinggal
Terngiang pesanan waktu singkat
Hujan semakin teduh…Kerinduan semakin menyengat
Dia..sahabat..
Seorang yang merajuk dalam perang
Perang menanti korupsi yng tiada kesudahan
Berkesudahan dalam kata-kata mimpi yg jauh
Jauh di ajari kenangan yang menikam-nikam
Menikam-nikam dada berisi cita-cita dan slogan
Slogan mengarak panji-panji kemanusiaan
Kemanusiaan yang cabar balar dek keangkuhan
Keangkuhan yang terpaksa aku terima untuk terus hidup
Sahabat…
Sememang nya aku tahu kau takkan pulang
Kau takkan pulang melainkan aku datang
Datang membawa kekuatan yang lama kau tinggalkan
dalam kenangan seribu impian

nota kecil: sahabat itu hingga ke syurga


~Daun tak akan membenci Angin~


Assalamualaikum wbt


Selamat sejahtera kepada semua shbt2 seperjuangan…moga hati masih tetap dgn jalan dakwah ..moga setiap hari ..setiap detik Allah bersama2 kita..insyaallah…

Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa. Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya. Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya. Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya. Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin.
Dan hati aku aman dengan janjiNya :
"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya."Fussilat::46.

nota kecil:“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya. KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU. PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”MySpace

Sunday, 24 February 2013

~Sehelai Bulu Mata~

Assalamualaikum wbt



Diceritakan pada Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat.
Tetapi ia berkeras membantah.
"Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."


"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat.
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian.

Makanya ia pun menyanggah,
"Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi."
Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan."
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."
Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
Lidah menambah, "Saya yang mengisap."
Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas."
Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dijebloskan ke dalam neraka jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya:
"Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."
"Silakan", kata malaikat. "
Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji,
bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat,
walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?
Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karena pertolongan selembar bulu mata."

Saturday, 23 February 2013

~Kerana dia seorang SAHABAT~

Assalamualaikum wbt..

emm tiada tahu dari mana harus aku mulakan kata2... aku hanya mengikut rentak jari.. apa yang terlintas di hati.. itulah yang tertacap pada lembaran ini... hurmmm... aku menarik nafas dalam... seakan2 aku merasakan keperitan sama pd dirinya...


selalu aku mendambakan rasa ketenangan... kadang kala ketenangan itu aku robek sendiri dari sanubari seorang aku... aku menjadi tertunduk malu pd diriku sendiri... harus bagaimana aku mahu memujuk hati yang kian lama hilang kian dimamah rasa kelukaan... sungguh aku juga punya rasa.. rasa yang aku rindukan...rasa dari cinta sang RabbNya...aku terus menerus sahaja memujuk wajah hati luka ku.. memujuk nya dari terus memendam rasa yang tidak pasti mana hujungnya.. kehilangan masih terasa ..tersisa jelas pd relung hati... membuat aku mati sebelum sampai pd waktunya...


ingin saja aku laungkan pada dunia... tp untuk apa aku hebahkan rasa sakit ini... rasa yang membuncah dlm jiwa seorang aku... aku semakin lemah..lemah membawa perasaan ini... aku hny melihat dia berlalu pergi... pergi nya yang tak mungkin akan kembali..kerana dia menginginkan aku rasa dirinya sudah mati... mengapa harus engkau memaksa aku melupakan..sedang aku hanya seorang aku yang tidak betah berbicara tentang rasanya jiwa.... aku hny membiarkan kenangan... membiarkan derai ketawa kita terbang...terbang di bawa sang masa.... sungguh hati aku sangat terluka... terluka dengan anggapan yang kau ilusikan.. terluka dengan kesakitan yang kau sendiri ciptakan... aku memandang sayu.. susuk jiwa yang terluka...aku hny mampu membiarkan ianya hilang...hilang dimamah sang rasa.....


aku kematian kata... andai kematian yang engkau harapkan dari erti persahabatan... aku tidak mampu lagi menghalang.. sungguh aku amat terluka... engkau memaksa aku menganggap engkau sudah mati...dan meninggalkan aku bersama kenangan tanpa ada rasa yg singgah dalam wajah jiwa yang hampa... dan kini... telah aku redha.. pergilah engkau membawa sejuta kenangan bersama.. andai satu hari kau ingin kembali.. kembalilah...kerana aku adalah SAHABAT mu... 


betapa telah Engkau sang Rabb telah aturkan perkenalan sehingga membenihkan persahabatan dan telah Engkau pupuk ia tumbuh subur di hati kami.. namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMu..maka tidak ada tangguh aku berundur diri dalam hidupnya... kerana ya Tuhanku saat aku memohon teman yang menggemburkan iman dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahan agar rimbunannya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milikMu.. padaMu kuserahkannya.. andai pengorbanan itu mahar keredhaan.. kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telah aku redha untuk sebuah perpisahan...


nota kecil: wahai angin.. jika engkau berhembus lembut melaluinya..katakan padanya aku adik beradik dia selamanya..wahai air.jika engkau mengalir di sisinya..beritahu padanya aku mohon kemaafan atas segalanya..wahai bunga..jika engkau tumbuh mekar di sampingnya kau kirimkan wangian tanda terima kasih atas kehadirannya..wahai burung..jika kau terbang melintasinya..sampaikan kataku ini kepadanya..aku menyayanginya kerana Allah..