Assalamualaikum…
Telah lama cinta tersasar…
Dari cinta yang suci…
Andai hari ini bicara saya lebih kepada perasaan cinta, yang
lahir dari hati tanpa diduga. Usah pelik mengapa muslimat hiraki seperti saya
masih lagi berbicara tentang cinta. Sekadar mahu berkongsi
pengalaman-pengalaman yang dikutip sepanjang berada di dalam jalan tarbiyyah
ini..
Usai membedah sedikit coretan pemilik Langit Ilahi di dalam
naskhah yang santai dan mudah difahami. “BATU-BATA KEHIDUPAN”. Menginsafkan
diri yang sememangnya sedang terleka dengan tipu daya syaitan yang datang tanpa
disedari. Berbicara mengenai definisi mudah tentang cinta. Cinta itu adalah
mahu orang yang dicinta bersama-sama ke syurga. Hakikatnya manusia lupa tentang
apa yang akan berlaku di akhirat kelak. Suami mencintai isteri kerana apa?
Ibu mencintai anak juga kerana apa? Yang didedahkan dengan kata-kata
cinta islamik, mungkin akan berkata kami bercinta kerana Allah. Namun tidak
dibumikan cinta kerana Allah, tidak direalitikan dengan perbuatan. Hanya
sekadar berkata-kata bagi menghalalkan cinta yang dikatakan ISLAMIK itu, hanya
ayat bagi penyedap diri sendiri bagi yang mengetahui hakikatnya perkara itu
salah
Cinta yang hadir pada mulanya merubah hidup seorang insan
itu semakin hangat bercinta dengan Allah, semakin takutnya dia dengan azab
Allah andai cinta yang hadir itu tidak dijaga rapi dari fitnah dan nafsu
serakah. Saban malam, Allah menjadi tempatnya mengadu, dan rasa cintanya
semakin membara dengan iman dan taqwa. Semakin diuji dengan godaan manisnya
cinta sesame insan, semakin diikat kuat pergantungan dengan Allah. Semakin
dilambung ombak ganas godaan syaitan, semakin rapi dikemudi bahtera kehidupan
. Subhanallah.. Tangisan itu berselang seli dengan zikir kepada Allah
kerana bimbang terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan.
Tetapi syaitan itu tidak akan pernah putus asa. Dihantar
pula si iblis yang lebih berpengalaman. Dibolak-balikkan hati dengan segala
pujukan. Dan Allah swt hantar lagi ujian bagi menguji hati hambaNya. Saat itu
adakalanya pegangan kepada tali Allah kadang-kadang terlepas, kadang-kadang
dipegang erat kembali. Segalanya semakin payah dan semakin kuat pula ombak yang
mendatang. Sampai satu ketika insan ini terlepas dari pegangan tali itu.
Syaitan mula tersenyum lebar. Selebarnya hingga menampakkan taring yang hodoh.
Mahu sahaja mereka bergembira dengan detik-detik kemusnahan dua orang anak
Adam. Hilang sudah kehangatan cinta kepada Allah kerana sudah berganti dengan
hangatnya cinta dua insan. Hilang sudah kata zikir di bibir kerana sudah
diganti dengan kata manis bicara cinta dua manusia. Segalanya dikongsi,
ditangisi bersama. Semua orang di dunia ini tidak mengerti perasaan mereka
berdua. Semua orang tidak memahami kesengsaraan mereka berdua. Dan
lama-kelamaan hubungan itu berkocak kerana kejemuan melanda. Itulah bahana
cinta yang dirujuk dengan syaitan. Itulah kesan cinta tanpa kecintaan kepada
Tuhan. Lagi siksa, lagi memeritkan. Kerana apa? Manusia itu banyak kelemahan.
Menangislah mereka di saat hati sudah tidak keruan. Baru waktu itu mencari
Tuhan.
Allah masih memberikan sekelumit peluang dengan hidayah
tanpa disangka-sangka. Yang memutuskan tali ikatan antara manusia dengan
syaitan. Namun perlu bermujahadah untuk kembali ke pangkal jalan. Rebut kembali
hidayah cinta Allah. Bumikan kembali cinta nan mekar kerana inginkan Keredhaan
Allah. Jernihkan kembali cinta yang kian kotor dek nafsu syaitan. Kobarkan
kembali cinta itu dengan satu lafaz yakni : Let’s getting love till jannah
insyaAllah… ( BUMIKAN KATA-KATA INI!!)
mode: sy masih ajar mengajar diri tentang semua ini..ya
Allah tarbiyah hati2 ni..Ya Allah, jika benar aku telah jauh tersasar dari landasan hidupku, Kau
kembalikanlah aku ke jalan yang Engkau redhai.T_T

.jpg)
No comments:
Post a Comment