Assalamualaikum wbt
aku mulakan bicara ini dengan penuh kesyukuran pd Mu
ilahi..memberi aku sedikit lagi waktu sebelum tiba masanya aku datang
menghadapMu..syukur aku masih lagi di beri peluang menyapa embun pg yg
itu..mengucap selamat pada mentari yang tidak pernah jemu2 menyinari
aku...indah...sungguh indah...apa yang aku nikmati ini tiada galang gantinya..
aku mahu sj kemam..kemam segala dan simpan rasa yang aku
ada..kerana bagi aku jika aku luahkan rasanya tetap sama..walaupun aku kongsi
rasanya juga tetap sama. aku jadi kematian kata..di mana kata-kata indah dr
jiwa aku..yg sering membujuk aku sewaktu aku ketandusan...dimana...aku sendri
tidak tahu kemana perginya ia...pergi di bawa angin lalu..tertunduk dan terus
terdiam..sungguh rasa ini sangat membunuh..bukan saja jasad malah semangat
serta kekuatan aku..detik ini bahasa jiwa ku membentak fikiran melontarkan
resepsi muntahan rasa bahasa jiwa...masih adakah hari esok untuk aku melihat
langit itu lagi..langit yg sentiasa teng membiru di angkasaraya...aku ingin
berlari ke langit itu...
aku menampar wajah hancur jiwa ku..menengking ia untuk terus
mati..aku puas berbuat begitu...seketika aku mendekatinya kembali...kejamnya
aku..setelah membina..membiarkan ia mati..aku terus berjalan longlai menuju ke
kaki langit..aku tidak mahu mati sebelum sampai waktunya..pergilah air
mata..akan aku lepaskan air mata ini jauh...jauh..sejauhnya..
sehingga sepasang mata ini tak mampu lagi ingt pada hangat
titisnya dahulu..
kisah perjuangan seorg aku menuntut pd sebuah
pengorbanan..sebuah masa silam yg terpaksa aku bongkarkan..bersama menyusur
liku derita di temani bahasa jiwa seorang aku..
aku akan terus-terusan memberi senyuman ini sehingga daun
aku gugur dari dahanan itu..aku menanti waktu itu tiba..
bukan sengaja aku menyimpan kenangan..bukan sengaja aku
mencipta bahagia..kerana jiwa sang aku memg begitu..seorang aku yang mahukan
bahagia itu bertebaran di sepelusuk alam..jika itu mampu aku lakukan..
aku adalah seorg aku yg biasa..hinggakan hidup aku menjadi
terlalu biasa..aku seorang aku yg terlalu obses dengan 'sesuatu' nya..sering
menjadikan korban untuk melihat yg lainnya bhagia..aku adalah sang aku yg
sangat mempercayai takdirNya..walau ada kalanya takdir itu punyai keindahan dan
ada kalanya penuh kedukaan..aku tetap inginkan Dia bersama aku..yang nyata
takdir tidak pernh kejam terhadap aku..
Dia sangat mengerti rasa jiwa seorg aku..bagi Dia aku mampu
menghadapi takdir keduaNya ini..aku pernh gagal dalam takdir ujianNya
dulu..mungkin takdir kedua ini adalah peluang untuk aku menebus segala dosa2
silamku..
masa yang berlalu langsung tidak pernh menoleh kearah aku..aku masih saja berteleku di kerusi empuk menatap monitor sambil melari2kan jemari aku menekan satu demi satu papan kekunci..aku meluahkan rasa hati jiwa seorang aku disitu.. jantung berdegup pantas seiring dengan fikiran aku yg melayang entah kemana.. seketika waktu aku sangat mengingati Mu..sang pencipta seorang aku..aku mula terfikir dimanakah aku disisiMU..ya rabb letakan dunia..letakkan segala di tangan ku..bukan di hatiku..jiwa seorg aku kini terbuai...terbuai oleh bait2 indah dari kalam Nya...setiap denyut nadi..setiap zarah yang tercipta hanya untuk Mu...
berikan aku sedikit waktu lagi untuk aku mengucapkan salam pada dunia..aku bermeditasi menongkah arus deru ujian Mu yg Maha Hebat...ya Allah...
aku kemam dan terus simpan segalanya..tiada daya aku menolak takdir Mu yg kedua ini..langkah pesong ini aku hela dengan hembusan nafas syahdu..
aku masih mahukan 'jiwa' itu..'jiwa' yg satu itu..

nota kecil:aku dalam
rasa dan daya untuk kembalikan jiwa 'dyana azlysha' kembali.jiwa yg telah
hilang dek kehadiran jasad dn persinggahan emosi waktu lalu.. aku inginkan jiwa
'dyana azlysha' yang lama kembali...

.jpg)