Tuesday, 12 March 2013


Assalamualaikum wbt



aku mulakan bicara ini dengan penuh kesyukuran pd Mu ilahi..memberi aku sedikit lagi waktu sebelum tiba masanya aku datang menghadapMu..syukur aku masih lagi di beri peluang menyapa embun pg yg itu..mengucap selamat pada mentari yang tidak pernah jemu2 menyinari aku...indah...sungguh indah...apa yang aku nikmati ini tiada galang gantinya..
aku mahu sj kemam..kemam segala dan simpan rasa yang aku ada..kerana bagi aku jika aku luahkan rasanya tetap sama..walaupun aku kongsi rasanya juga tetap sama. aku jadi kematian kata..di mana kata-kata indah dr jiwa aku..yg sering membujuk aku sewaktu aku ketandusan...dimana...aku sendri tidak tahu kemana perginya ia...pergi di bawa angin lalu..tertunduk dan terus terdiam..sungguh rasa ini sangat membunuh..bukan saja jasad malah semangat serta kekuatan aku..detik ini bahasa jiwa ku membentak fikiran melontarkan resepsi muntahan rasa bahasa jiwa...masih adakah hari esok untuk aku melihat langit itu lagi..langit yg sentiasa teng membiru di angkasaraya...aku ingin berlari ke langit itu...
aku menampar wajah hancur jiwa ku..menengking ia untuk terus mati..aku puas berbuat begitu...seketika aku mendekatinya kembali...kejamnya aku..setelah membina..membiarkan ia mati..aku terus berjalan longlai menuju ke kaki langit..aku tidak mahu mati sebelum sampai waktunya..pergilah air mata..akan aku lepaskan air mata ini jauh...jauh..sejauhnya..
sehingga sepasang mata ini tak mampu lagi ingt pada hangat titisnya dahulu..
kisah perjuangan seorg aku menuntut pd sebuah pengorbanan..sebuah masa silam yg terpaksa aku bongkarkan..bersama menyusur liku derita di temani bahasa jiwa seorang aku..
aku akan terus-terusan memberi senyuman ini sehingga daun aku gugur dari dahanan itu..aku menanti waktu itu tiba..
bukan sengaja aku menyimpan kenangan..bukan sengaja aku mencipta bahagia..kerana jiwa sang aku memg begitu..seorang aku yang mahukan bahagia itu bertebaran di sepelusuk alam..jika itu mampu aku lakukan..
aku adalah seorg aku yg biasa..hinggakan hidup aku menjadi terlalu biasa..aku seorang aku yg terlalu obses dengan 'sesuatu' nya..sering menjadikan korban untuk melihat yg lainnya bhagia..aku adalah sang aku yg sangat mempercayai takdirNya..walau ada kalanya takdir itu punyai keindahan dan ada kalanya penuh kedukaan..aku tetap inginkan Dia bersama aku..yang nyata takdir tidak pernh kejam terhadap aku..
Dia sangat mengerti rasa jiwa seorg aku..bagi Dia aku mampu menghadapi takdir keduaNya ini..aku pernh gagal dalam takdir ujianNya dulu..mungkin takdir kedua ini adalah peluang untuk aku menebus segala dosa2 silamku..
masa yang berlalu langsung tidak pernh menoleh kearah aku..aku masih saja berteleku di kerusi empuk menatap monitor sambil melari2kan jemari aku menekan satu demi satu papan kekunci..aku meluahkan rasa hati jiwa seorang aku disitu.. jantung berdegup pantas seiring dengan fikiran aku yg melayang entah kemana.. seketika waktu aku sangat mengingati Mu..sang pencipta seorang aku..aku mula terfikir dimanakah aku disisiMU..ya rabb letakan dunia..letakkan segala di tangan ku..bukan di hatiku..jiwa seorg aku kini terbuai...terbuai oleh bait2 indah dari kalam Nya...setiap denyut nadi..setiap zarah yang tercipta hanya untuk Mu...
berikan aku sedikit waktu lagi untuk aku mengucapkan salam pada dunia..aku bermeditasi menongkah arus deru ujian Mu yg Maha Hebat...ya Allah...
aku kemam dan terus simpan segalanya..tiada daya aku menolak takdir Mu yg kedua ini..langkah pesong ini aku hela dengan hembusan nafas syahdu..
aku masih mahukan 'jiwa' itu..'jiwa' yg satu itu..
nota kecil:aku dalam rasa dan daya untuk kembalikan jiwa 'dyana azlysha' kembali.jiwa yg telah hilang dek kehadiran jasad dn persinggahan emosi waktu lalu.. aku inginkan jiwa 'dyana azlysha' yang lama kembali...

No comments:

Post a Comment