assalamualaikum wbt
Suatu pagi aku terbangun
dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah
memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati. Aku puji Tuhan atas
segala keindahan yang telah Ia sajikan. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di
sisiku.
Dia bertanya
kepadaku, Adakah kamu mencintai aku. Aku menjawab, Sudah tentu!Engkaulah
Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu. Kemudian Dia bertanya lagi, Jika
kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu. Aku
tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku
teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang
selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia amat
sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.
Kemudian Dia
bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala
ciptaanKu? Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini
yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan
buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya.
Lantas aku menjawab, Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian
rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah. Dia bertanya lagi, Jika
kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?
Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa
mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati.
Aku jawab, Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap
menyintaiMu. Dia menyambung lagi persoalanNya, Jika kamu ditakdirkan bisu
adakah kamu akan terus memujiKu. Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji
tanpa suara. Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam
hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya.
Kemudian aku
menjawab, Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu. Aku akan
tetap memujiMu. Dan... Dia terus bertanya lagi, Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?
dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, Ya, benar
Tuhanku. Aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang
sebenar. Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya
tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, Kalau begitu Kenapa kamu masih
melakukan dosa. Aku jawab, Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai. Aku
tidak sempurna...aku bukan maksum. Kalau begitu, Kenapa ketika kamu senang dan
gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan Kenapa ketika kamu
susah dan mahukan bantuan. Kamu terus ingat kepada aku; kamu datang dekat dan
merayu kepada aku. Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas
turun membasahi pipiku.
Dia sambung
lagi, Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian
membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya
ketika kamu mengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia
kepadaKu? Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti.
Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu?
Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang aku sedia
mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika aku
memberi peluang untuk berkhidmat di jalanKu? Ku gagahi bibirku untuk
mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi
diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan
tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat
mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.
Dia
berkata-kata lagi... Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu
keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di
jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu
kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu
mempelajari atau menghayatinya. Acap kali aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu
berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu
tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan
dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah aku perkenankan dengan pelbagai
cara. SambungNya lagi, Kini... adakah kamu menyintaiKu. Aku tidak mampu
menjawabnya lagi.
Bagaimana harus aku jawab
persoalan ini?. Dalam tak sedar. Aku malu dengan segala apa yang telah aku
lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa
yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan
bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku. Aku merintih, Oh
Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya
Allah...
kemudian Dia menjawab,
Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya aku
ampunkannya. Dan aku ampunkan kamu wahai hambaKu. Aku bertanya kepadaNya,
Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan
berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah
cintaMu terhadapku? Dia menjawab Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku
sekali-kali tidak akan mengabaikanmu.
Apabila kamu menangis aku
akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak
kegirangan aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah
dan kesepian. Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh aku akan
membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan aku akan membantumu. Aku akan tetap
bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan aku akan menyayangimu
selama-lamanya.
Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku
sendiri tidak mengerti Kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis
menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku
ini... aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar.
nota kecil: ya Allah
genggam erat lah hatiku..sungguh aku tidak mahu jauh dr Mu...ya
rabb..amin..amin..

No comments:
Post a Comment